Deutsche Version Version francaise

Testimoni Kerja - Radzi - Ketua Final Fitter

(English version)

Nama saya Radzi. Saya adalah ketua di Jabatan Pemasangan Akhir (Final Fitting) di Bufori Motor Car Company yang terletak di Kuala Lumpur dan telah bekerja di sini selama 14 tahun.

Pasukan saya terdiri daripada pekerja mahir yang berbakat dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami iaitu melakukan pra-pemasangan serta pemasangan akhir ke atas kereta.

Apabila kami merekacipta sesuatu model kereta yang baru seperti Bufori Geneva yang telah dilancarkan di negara Cina baru-baru ini, saya serta ahli yang lain akan melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke atas rekaan dalaman Bufori Geneva agar ianya sesuai dengan rekabentuk yang ditetapkan. Tanggungjawab kami adalah memastikan bahawa lakaran dan lukisan yang disediakan oleh para pereka di syarikat kami menjadi realiti. Kualiti serta konsistensi dalam pembuatan tangan merupakan keutamaan kami di Bufori. Kami perlu sentiasa peka dan teliti terhadap setiap butiran bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan memenuhi kualiti standard yang tinggi sepertimana yang diharapkan. Dalam erti kata lain, saya dan juga ahli yang lain bertindak selaku penyelia kualiti dari bermulanya proses pembuatan kereta tersebut hinggalah ke akhir.

Selain daripada itu, adalah menjadi kebanggaan bagi kami untuk mencipta sesuatu yang unik seperti ini. Contohnya kami telah menghabiskan masa berminggu-minggu merangka dan melakukan pemasangan ke atas setiap kereta dan peluang serta pengalaman seperti ini merupakan satu kepuasan bagi kami apabila kereta tersebut siap sepenuhnya. Menghasilkan sebuah kereta adalah berbeza berbanding pembikinan barangan konsumer seperti mesin cuci, kipas letrik, pembakar roti, dll, kerana ianya melibatkan kreativiti dan ilham. Apabila sesebuah kereta itu sedia untuk dihantar kepada bakal pemiliknya, perasaan sedih pasti menyelubungi diri, ibarat kehilangan ahli keluarga sendiri. Tetapi perasaan bangga turut jua dirasai apabila menyedari ada individu lain yang menghargai hasil titik peluh kita.

Bekerja di Bufori merupakan pengalaman yang sangat berharga kerana banyak yang dapat saya pelajari di sini dari segi peribadi mahupun profesional. Pengalaman ini telah membantu saya meningkatkan kemahiran diri dan mempelajari pelbagai teknik baru. Saya juga turut berpeluang bekerja secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Menghasilkan sebuah kereta merupakan tugas yang kompleks serta mencabar kerana ia memerlukan koordinasi tugasan dari saya serta ahli-ahli dari jabatan yang lain agar kereta tersebut siap dalam tempoh yang diberikan dengan sempurna.

Walaupun bakat serta kemahiran asas adalah penting, namun ianya tidak mencukupi. Untuk menjadi seorang tukang mahir yang bagus, disiplin ,minat dan semangat berpasukan adalah penting bagi memastikan setiap ahli dapat saling membantu dalam melaksanakan tugas kerana seluruh projek akan mengalami risiko jika semangat berpasukan adalah lemah. Semangat berpasukan yang ditonjolkan di Bufori telah memberi inspirasi kepada kami sebagai sebuah keluarga yang besar.

Bekerja di sini sememangnya telah menyedarkan saya supaya tidak sesekali menghadkan kebolehan diri sendiri. Saya berharap dapat berkongsi perjalanan serta pengalaman saya ini bersama-sama ahli yang baru.

Syarikat saya iaitu,Bufori Motor Car Company sedang mencari individu yang berkemahiran untuk turut serta menyertai kami. Pengalaman pekerjaan dalam bidang pemasangan akhir automotif ,menukangan dan kraftangan adalah di alu-alukan.

Jika anda berminat,boleh menghubungi kami di talian ,03 6259 1000 atau menghantar email ke alamat hr@bufori.com.my. Temuduga terbuka turut disediakan bagi mereka yang berminat. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Back




 Follow BUFORI on Twitter Join BUFORI on Facebook Follow BUFORI on Pinterest Bufori News RSS Feed
Contact | e-newsletter | Site Map | Legal | Dealers | Press | News | Career

Copyright 1986-2015 © Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bhd. All rights reserved.